Seramai 25 orang yang terperangkap dalam kejadian banjir di pusat peranginan Polumpung Kampung Melangkap Baru, Kota Belud pada Jumaat diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) jbpm daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan bencana banjir itu pada jam 6.28 petang semalam.